‘LITTLE BEIJING’ MELAKA JADI TUMPUAN MENJELANG TAHUN BAHARU CINA

ALOR GAJAH, 27 Jan – Dihiasi pelbagai lampu neon dan lebih 3,000 tanglung sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Kampung Baru Machap Umboo dan Kampung Machap Baru di sini diibaratkan seperti ‘Little Beijing’ sekali gus mendapat perhatian pengunjung merakam gambar sebagai kenangan.

Penduduk kampung melintasi jalan yang dihiasi dengan tanglung dan lampu hiasan yang dipasang di Kampung Baru Machap Umboo, Alor Gajah, Melaka sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya Ngwe Hee Sem berkata pemasangan pelbagai lampu hiasan dan lebih 3,000 tanglung di dua kampung berkenaan melibatkan peruntukan lebih RM100,000 dan ia bertujuan memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan.

Beliau yang juga Exco Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata kerja-kerja menghias dan mencantikkan kampung berkenaan dilakukan secara gotong-rotong oleh penduduk dua kampung berkenaan lebih seminggu lepas.

“Sudah dua tahun suasana sambutan Tahun Baharu Cina di kedua-dua kampung tersebut tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelum ini ekoran pelbagai prosedur operasi standard (SOP) disebabkan penularan COVID-19 yang agak membimbangkan.

“Namun, tahun ini kita dapat lihat Kampung Baru Machap Umboo dan Kampung Machap Baru telah berubah wajah seperti Little Beijing dan kedua-dua kampung tersebut menerima sumbangan dana daripada pelbagai pihak untuk melakukan kerja-kerja menghias termasuk daripada wakil rakyat dan penduduk kampung,” katanya.

Ngwe berkata ‘Little Beijing’ itu berpotensi menjadi antara ikon pelancongan Melaka dan beliau dimaklumkan tempahan inap desa di kedua-dua kampung berkenaan menjelang Tahun Baharu Cina telah penuh.

Sumber : Melaka Hari Ini

 

Artikel/Berita Terkini

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut