KWP RANCANG BINA ‘STEPS’ KEDUA SELEPAS STEP@PUTRAJAYA

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) merancang untuk membina satu lagi ikon seperti Steps@Putrajaya sebagai tarikan baharu di Wilayah Persekutuan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, ikon baharu itu bakal dibina 300 anak tangga itu akan akan dibangunkan dengan konsep baharu dan kos pembinaan akan dikurangkan.

Steps@Putrajaya ini dibina dengan menggunakan konkrit, manakala steps yang kedua itu nanti dikurangkan kos dan dibina menggunakan konsep semula jadi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bulan Pencahayaan Pemetaan Putrajaya di Steps@Putrajaya di sini malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar, Naib Presiden Kanan Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk TPr Fadlun Mak Ujud.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Datuk Zaizalnizam Zainun.

Beliau berkata, pertunjukan pencahayaan itu menggunakan konsep Keluarga Malaysia bagi menunjukkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Konsep Keluarga Malaysia bermakna semangat kekitaan iaitu ‘Our City Our Home‘ dan sebab itu kita paparkan dalam sambutan malam ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, PPj dalam satu kenyataan berkata, bulan pencahayaan Wilayah Persekutuan Putrajaya diwarnakan dengan pemetaan pencahayaan yang julung kali diadakan di Tangga Putrajaya, Presint 1 Putrajaya.

“Pemetaan cahaya ini akan berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Januari 2022 di Tangga Putrajaya bermula dari jam 9 hingga 11 malam.

“Ia memaparkan kejayaan Wilayah Persekutuan Putrajaya dari awal perancangan, seni bina dan pengurusan alam sekitar dari awal tahun 1995 sehingga ke hari ini,” katanya.

PPj memaklumkan, semua fasad bangunan kerajaan dan bangunan komersil di Putrajaya akan dinyalakan pencahayaan jenis ‘Festive Mode’, selaras dengan Pelan Induk Pencahayaan Putrajaya bermula dari 26 Januari sehingga 28 Februari 2022,

“Pencahayaan ‘warm white’ ini akan menyerlahkan lagi elemen-elemen seni bina, tekstur serta warna asal bahan-bahan pada bangunan ikonik di Putrajaya yang berunsurkan kiasan seni bina Islamik moden dan seni bina Melayu moden, seperti bangunan Perdana Putra (Pejabat Perdana Menteri), Istana Kehakiman, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan lain-lain bangunan di sekitar Putrajaya.

“Lampu kuning, biru dan merah yang melambangkan warna bendera Wilayah Persekutuan akan dipancarkan pada jambatan-jambatan ikonik seperti Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana dan air pancut di tasik Putrajaya,” kata kenyataan itu. -WILAYAHKU

 

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut