118 PESERTA BERAKSI PADA PULAU BESAR NEW YEAR CHALLENGE 2022

TELOK MAS 25 Jan – Seramai 118 peserta mewakili 59 kumpulan sah mengambil bahagian dalam Program Pulau Besar New Year Challenge 2022 dianjurkan di Pulau Besar, Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka Jabatan Ketua Menteri Azhar Yaacob berkata, program julung kali dianjurkan itu adalah sebahagian perancangan pihaknya untuk merancakkan lagi aktiviti di Pulau Besar.

Katanya, buat permulaan program itu dibuka kepada kategori campuran (mix) lelaki dan wanita serta terbuka (open) lelaki dengan jumlah penyertaan turut dihadkan.

“Peserta perlu menyempurnakan disiplin seperti belari, menunggang basikal lasak (MTB), berkayak dan ‘rock climbing’ (mendaki tebing batu). Setiap disiplin ini tertakluk kepada kategori masing-masing.

“Johan hingga tempat ketiga bagi setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai, pingat pula akan diberikan kepada peserta berjaya melengkapkan disiplin mengikut kategori masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika Mesyuarat Pelarasan dan Lawatan Tapak Program Pulau Besar New Year Challenge 2022 di Pulau Besar, di sini, semalam.

AZHAR melihat persiapan program Pulau Besar New Year Challenge 2022, Sabtu ini.

Menurutnya, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) aspek yang diberikan perhatian dalam menangani penularan wabak COVID-19 dengan setiap peserta diwajibkan menjalani ujian saringan sebelum pertandingan bermula.

Azhar berkata, progam itu dianjurkan dengan kerjasama Redtma Recreation Sport Centera Melaka, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta agensi berkaitan yang lain.

Mesyuarat dijalankan membabitkan agensi berkenaan bagi membincangkan perkara seperti keselamatan peserta, dan pelaksanaan SOP agar berjalan lancar.

Persiapan untuk penganjuran program sulung itu juga sedang giat dijalankan.

Sumber : Melaka Hari Ini

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …