PERJUMPAAN YDH KPD BRICKFIELDS BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK DAERAH BRICKFIELDS

KUALA LUMPUR – YDH ACP Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields telah menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk Daerah Brickfields yang telah diadakan di Dewan Latihan Utama, Tingkat 7, IPD Brickfields pada 21 Januari 2022.

Turut hadir, YDH Supt. Basri bin Sagoni, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, DSP Seah Chong Seng, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, DSP Annasmahyudin bin Abdul Wahab, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ketua-ketua Bahagian / Ketua Cawangan, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis IPD Brickfields dan seramai 42 orang Pengerusi Persatuan Penduduk Daerah Brickfields.

Perjumpaan ini bertujuan untuk menyampaikan amanat Ketua Polis Kuala Lumpur mengenai kolaborasi antara PDRM, persatuan penduduk bersama NGO. Turut disampaikan mengenai trend jenayah semasa serta langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya dapat diambil. Turut dibincangkan mengenai program pencegahan jenayah serta segala bentuk kerjasama bersama persatuan penduduk dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya komunikasi dua hala. Perjumpaan berlangsung dengan jayanya.

 

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …