JIM PULAU PINANG MENGUATKUASAKAN PELBAGAI OPERASI SEKITAR NEGERI

Pulau Pinang, 21 Januari 2022-  Pelbagai Operasi Penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pulau Pinang dalam tempoh 16 Januari 2022 sehingga 19 Januari 2022. Antara operasi berkenaan termasuklah OPS GEGAR, OPS MAHIR, OPS SELERA dan OPS PATUH.

Sehubungan itu, pihak JIM Pulau Pinang turut mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) daripada orang awam. Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan boleh melaporkan segera ADUAN PATI kepada JIM Pulau Pinang melalui saluran berikut dan usah risau, identiti anda akan dirahsiakan:

Telefon: 04-3906170

E-mel: aro.jimpp@gmail.com

SISPAA: https://imi.spab.gov.my

Sedikit info berkenaan JIM, JIM merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia. Antara fungsi JIM termasuklah:

  1. Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap;
  2. Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia;
  3. Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan; dan
  4. Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).

#KeluargaMalaysia

Sumber berita dan gambar:
Laman Facebook Jabatan Imigresen Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut