SKUAD JEJAK ASNAF BAITULMAL MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PA SETAPAK JAYA

KUALA LUMPUR, 18 JANUARI 2022 – Skuad Jejak Asnaf telah menziarahi mangsa-mangsa musibah kebakaran di Perumahan Awam Setapak Jaya, yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini. Kejadian yang berlaku pada 4.00 petang telah memusnahkan 2 kediaman termasuk kelengkapan dan perkakas rumah. Namun mujur musibah ini tidak mengakibatkan kecederaan mahupun kematian para penghuni kerana ramai yang tidak berada di rumah sewaktu kebakaran berlaku.

Baitulmal MAIWP telah menghantar bantuan awal ke Dewan dalam bentuk Kit Bantuan Musibah Khas dan membantu setiap keluarga mendapatkan bantuan kewangan melalui Bantuan Musibah. Mudah-mudahan dengan bantuan yang diamanahkan oleh para pembayar zakat ini, sedikit sebanyak meringankan beban yang mereka hadapi, dengan izin Allah SWT.

Terima Kasih Pembayar Zakat

Amanah Pembayar Zakat Kami Tunaikan

#MAIWPPerihatin

#KasihAsnaf

#KamiAda

#KeluargaMalaysia

 

SUMBER: FB BAITULMAL MAIWP https://www.facebook.com/baitulmal.wp

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut