LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) PENGENDALIAN BOT DAN PENYELAMATAN PERINGKAT IPD BRICKFIELDS

PUTRAJAYA – YDH ACP Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pengendalian Bot dan Penyelamatan IPD Brickfields yang telah dijalankan di Pangkalan Polis Marin Putrajaya.

Turut sama hadir adalah ASP Mohd Dzaiful Azrin bin Yahya, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, ASP Malik bin Mat Ail, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Insp Mohd Najid bin Hashim, Insp Gerakan, ASP Rizal Bin Mohd Dan, Ketua Polis Balai (KPB) Sri Hartamas, Insp Nazrulhisham bin Musa, KPB Petaling, Insp Nik Faidrul bin Nik Fauzi, KPB Sri Petaling, Insp Mohd Fitri bin Mohd Aznam, KPB Travers, Insp Aaron Anthony Doss, KPB Brickfields, 20 orang Pegawai Rendah Polis dan 2 orang Pegawai Awam IPD Brickfields.

Taklimat keselamatan serta teori dan amali dibawah kelolaan Jurulatih Polis Marin Putrajaya ini meliputi penerangan mengenai tatacara pengendalian bot, proses menyelamat dan tindakan sewaktu menjalankan operasi menyelamat di air terutamanya ketika bencana banjir. Turut ditunjukkan mengenai teknik bernafas dan mengapung di air tanpa bantuan jaket keselamatan serta teknik berenang yang betul.

Encik Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), Pengerusi Pertubuhan Amal Uncle Kentang bersama 8 orang krew ambulan amal turut dijemput untuk memberi pendedahan mengenai teknik bantuan pernafasan kepada mangsa (CPR) dan cara penggunaan ‘Stretcher’ ambulan bersama peralatan yang digunakan untuk memberi bantuan awal kepada mangsa.

LDP seperti ini amat bermanfaat kepada PDRM khasnya warga IPD Brickfields dalam memberi bantuan awal kepada mangsa. Dalam masa yang sama turut dapat meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan kepada masyarakat. LDP berlangsung dengan jayanya dan selesai pada jam 5.00 petang.

#StaySafe

#KitaJagaKita

#ThinkBeforeActing

#JustDoaUsahaIkhlasTawakal

#ipdbfjanuari2022

 

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

PENYUSUAN SUSU IBU: KURANG SUSU ATAU KURANG ILMU?

Minggu Penyusuan Susu Ibu merupakan satu usaha penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu …

TIPS KESELAMATAN AKTIVITI MENYELAM

Sebelum turun ‘explore’ keindahan dasar laut, jom semak tips penting daripada Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Agensi Penguatkuasaan Maritim …

KENALI DAN LINDUNGI DARIPADA SINARAN ULTRA UNGU

Dalam keadaan cuaca yang lebih panas, kurang hujan dan langit yang lebih cerah, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika …