AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDNHEP KUALA PILAH

   

19 Januari 2022, Rabu- Pasukan penguat kuasa cawangan ini telah mempergiatkan pemeriksaan di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di premis-premis sekitar Bahau.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua peniaga yang diperiksa patuh pada penandaan harga dengan mempamerkan tag/label warna merah jambu pada barangan harga terkawal dan menjual mengikut harga kawalan SHMKM. Tanda harga bagi barangan lain juga dipamerkan dan alat timbang yang digunakan masih sah tempoh penentusahan.

Bagi pemeriksaan barang keperluan asas, mendapati bekalan GMT adalah mencukupi bagi edaran jualan tempatan dan tidak mempunyai masalah mendapatkan bekalan dari pembekal mereka.

Premis-premis yang diperiksa juga mematuhi SOP PPN dengan menyediakan QR MySejahtera untuk pendaftaran masuk premis, sanitizer dan pengimbas suhu .Keseluruhannya 10 premis telah diperiksa dan dikeluarkan KPP bagi tujuan rekod.

Sumber : KPDNHEP – Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …