POLIS KELANTAN SERBU KLINIK SWASTA JUAL KAD VAKSIN PALSU

KOTA BHARU, 19 Januari 2022 – Polis Kelantan menyerbu sebuah klinik swasta di sini selepas disyaki terlibat dengan kegiatan pemalsuan sijil vaksinasi.

Berdasarkan laporan yang diterima antara 1 Oktober 2021 hingga 11 Januari 2022, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah menerima empat aduan daripada sumber berbeza berkenaan pengeluaran kad vaksinasi yang dipercayai palsu dan dikeluarkan oleh sebuah klinik swasta.

Klinik berkenaan dipercayai di kawasan Kota Bharu dan mereka didakwa menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin dengan caj RM180 untuk setiap suntikan.

Hasil semakan lanjut oleh pihak JKNK mendapati empat individu berumur pertengahan 30-an hingga awal 60-an yang dikatakan telah menerima vaksin tersebut tiada rekod vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk tampil membuat laporan polis di balai polis yang berhampiran.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut