MELAKA TENGAH, 17 Jan – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka bersama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah menjalankan pemantauan pematuhan SOP di Kuil Subramaniam, Batu Berendam sempena sambutan perayaan Thaipusam pada 18hb Januari 2022 bermula jam 7.00 pagi.
Pihak pengurusan kuil sedang membuat persiapan seperti pemasangan khemah untuk pendaftaran dan Scan QR Mysejahtera, ruang menunggu, ruang mencukur rambut, penandaan laluan masuk dan keluar serta penandaan di dalam kuil.
Pihak pengurusan turut memaklumkan bahawa setiap khemah akan ditempatkan petugas sukarelawan yang akan memakai tag berwarna biru untuk kawal selia keadaan pada waktu upacara tersebut.
Aktiviti yang dijalankan pada 18hb Januari 2022 bermula jam 7.00 pagi adalah Paal Kaadam, dan cukur rambut manakala perarakan kereta Chariot, mandi ritual, dan Kaavadi tidak dijalankan pada perayaan Thaipusam kali ini.
Taklimat SOP sambutan perayaan Thaipusam telah diberikan kepada pihak pengurusan kuil agar perjalanan upacara sembahyang sempena Thaipusam berjalan lancar.
#KeluargaMalaysia #MKNMelaka