#INFOVAKSIN: PUSAT VAKSIN BOOSTER RUMAH PRIHATIN DIBUKA SEHINGGA MAC 2022

Pernah beroperasi sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) pada tahun lalu,  RumahPrihatin@GrandSeasons kini kembali menyediakan kemudahan buat warga Lembah Klang mendapatkan dos penggalak vaksin (booster) sehingga Mac 2022.

Prihatin dengan keperluan semasa rakyat, Rumah Prihatin bersetuju menjadi penyedia lokasi PPV buat lebih 30,000 warga kota bermula 10 Januari sehingga 10 Mac 2022. Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata, pembukaan PPV itu bertujuan membantu melancarkan urusan pemberian vaksin kepada individu-individu yang sudah mendapatkan janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

“Di sini kami berikan suntikan dos Pfizer sebanyak 1,000 hingga 1,700 dos sehari yang mana ia telah disahkan melalui sistem Protecthealth dan proses ini mendapat kerjasama strategik daripada dua syarikat bertauliah iaitu Syarikat George Clinic dan Syarikat Healthopedia.

“Syarikat Healthopedia juga bertindak sebagai Health Care Operator di sini selain turut mendapat bantuan pengurusan dari segi keselamatan dan kelancaran proses daripada pihak Protecthealth,” jelasnya kepada pemberita.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai vaksin booster di Rumah Prihatin, boleh melayari laman media sosial di Facebook, Instagram dan Twitter RumahPrihatin atau menghubungi talian bebas tol 1800-88-7997,” jelasnya.

Terdahulu, RumahPrihatin@GrandSeasons yang bertempat di Jalan Pahang, Kuala Lumpur kembali beroperasi sebagai PPV Offsite Booster (PICK) bermula 10 Januari sehingga 10 Mac ini pada setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. – WILAYAHKU

 

SUMBER: FB WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …