LAWATAN MENTERI KANAN PERTAHANAN KE TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 13 JANUARI 2021– Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein telah membuat lawatan ke Negeri Terengganu serta membuat lawatan ke Daerah Dungun bagi meninjau kawasan yang terjejas akibat banjir pada 6 Januari 2022. Turut hadir mengiringi adalah Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, YB Hanafiah Mat dan Pengarah Keselamatan Negeri, En. Mohd Yusri Yusof.

Setibanya beliau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, rombongan dibawa ke Kem Seberang Takir (18 RAMD (Para)). Pada masa yang sama, turut diadakan Persembahan Aset Perairan bagi Op Murni – Banjir, Taklimat Op Murni ATM di Terengganu dan Taklimat Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2021.

YB Dato’ Seri Hishammuddin turut melawat kawasan yang terjejas banjir di Sekolah Kebangsaan Pasir Raja, Dungun dengan menaiki helikopter EC-725. Menurut beliau semasa lawatan tersebut,Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Terengganu sedia menggerakkan 1,026 anggota ke seluruh negeri Terengganu melalui Operasi Murni (Op Murni) sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir. Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara skop lain op tersebut ialah membantu melaksanakan kerja pembersihan pasca banjir terutama di kawasan tumpuan seperti kediaman, rumah ibadat, sekolah dan klinik kesihatan.

Syabas diucapkan atas komitmen yang diberikan ATM dalam membantu penduduk Terengganu yang terkesan akibat bencana banjir.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut