PANGLIMA 12 BGD KE-24 MEMULAKAN TUGAS

KUALA LUMPUR: Panglima Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd) Ke-24, Brig Jen Sani S Omar memulakan hari pertama bertugas di MK 12 Bgd pada 7 Jan 2022.

Terdahulu, ketibaan Panglima 12 Bgd disambut oleh Ketua Staf MK 12 Bgd, Lt Kol Khairul Azman Kormin dan seterusnya menerima tabik hormat Kawalan Kuarter. Kemudian, beliau diperkenalkan kepada pegawai-pegawai staf, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Istiadat dan Pegawai Tadbir Awam (PTA) MK 12 Bgd.

Seterusnya, Panglima 12 Bgd meletak tag nama dan diikuti bacaan doa oleh Pegawai Staf 2 Agama MK 12 Bgd. Acara diakhiri dengan sesi menandatangani Buku Lawatan dan menggantung gambar rasmi panglima sebagai simbolik hari pertama beliau.

– Markas Briged Ke-12 Infantri Malaysia

 

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT MALAYSIAΒ https://www.facebook.com/BTDMOnline

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut