ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA TERHADAP PENARIK BECA DAN PENUNGGANG SKUTER ELEKTRIK

Georgetown, 10 Januari 2021- Pada 7 Januari 2022 yang lepas, Unit Keselamatan Jalan Raya (UKJR) dengan kerjasama Unit Operasi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan advokasi terhadap penarik beca dan penunggang skuter elektrik di sekitar jalan hadapan Hotel Cititel dan sekitar jalan masjid Kapital Keling, George Town Pulau Pinang. Nasihat keselamatan di jalan raya dan keselamatan pelancong semasa menggunakan perkhidmatan ini juga diberi keutamaan di samping edaran risalah keselamatan jalan raya dan pemberian cenderahati kepada penarik beca dan pelancong semasa advokasi keselamatan jalan raya dilaksanakan.

Semoga dengan advokasi yang telah dilaksanakan ini serta tips keselamatan diberi dapat mengurangkan kemalangan membabitkan penarik beca dan penunggang skuter elektrik serta pelancong yang menggunakan perkhidmatan ini. Diharap agar industri pelancongan di negeri ini akan terus maju dan semua pengguna jalanraya diseru untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dan orang tersayang.

 

Sumber gambar dan info: JPJ Pulau Pinang

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut