PERJUMPAAN TIM PEMATUHAN SOP BERSAMA KETUA POLIS DAERAH PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 6 JANUARI 2022 – Tim Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara IPD Putrajaya, telah membuat perjumpaan dengan YDH ACP A. Asmadi Bin Hj. Abdul Aziz – (KPD) di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, IPD Putrajaya. YDH KPD telah memberikan beberapa amanat supaya Tim Pematuhan SOP perlu lebih proaktif semasa menjalankan tugas di lapangan dan sentiasa mendapatkan maklumat daripada kamera litar tertutup (cctv) melalui Pusat Kawalan Daerah serta sentiasa fokus ke atas tempat-tempat tumpuan orang ramai.

Selain itu, mereka juga perlu membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang membawa ramai penumpang dan kelihatan mencurigakan. Tim pematuhan juga perlu sentiasa menggunakan tutur dan budi bahasa yang baik dengan orang awam semasa bertugas di lapangan serta menjaga keterampilan diri. Tim Pematuhan  perlu peka dengan arahan-arahan baharu serta SOP PPN terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar dapat menjalankan tugas dengan baik.

Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah ASP Marlizan bin Pa’adek – (KBKA), ASP Dayang Kasmayane Bt Awang Anak – (Peg. TIM A&B), Insp Maghenthiran a/l vagine (BKA), Insp Mohd Helmy bin Supar – (Peg. TIM C&D), Insp Muhammad Izzat bin Ayob (Peg. TIM E&F) serta (36) orang APR daripada semua Tim Pematuhan.

#ipdptjjanuari2022

#jomlikefbPolisKL

#jomlikefbIpdputrajaya

 

SUMBER: FB IPD PUTRAJAYA https://www.facebook.com/IPDPutrajaya1

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut