9 KAWASAN DI IBU NEGARA TERKESAN BANJIR TERIMA PENGECUALIAN BAYARAN BIL AIR BAGI BULAN JANUARI 2022

Air Selangor akan memberikan pengecualian bayaran bil air bagi bulan Januari 2022 kepada para pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10) di Selangor yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini. Pengecualian bayaran bil air ini merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Air Selangor turut memanjangkan pengecualian bayaran bil air in kepada para pelanggan dengan akaun Domestik yang terkesan di Kuala Lumpur. Untuk senarai penuh daerah dan kawasan terlibat, anda boleh rujuk di https://bit.ly/3eM0OFx

Antara kawasan di Kuala Lumpur yang layak menerima pengecualian tersebut ialah:-

1. KAMPUNG PASIR
2. KAWASAN JALAN BATU BATA DAN JALAN RAHMAT BERHAMPIRAN PWTC
3. KAWASAN JALAN RAJA CHULAN
4. KAWASAN KAMPUNG CHUBADAK, SENTUL
5. KAWASAN KAMPUNG DELIMA
6. KAWASAN KAMPUNG KASSIPILLAY
7. KAWASAN KAMPUNG KOLAM AIR, SENTUL
8. KAWASAN LORONG JAMBU LAUT, JINJANG
9. KAWASAN LORONG RAJA MAHADI, KAMPUNG BHARU

Para pelanggan di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi tempoh satu bulan secara automatik yang mana mereka tidak perlu mengisi atau menghantar sebarang borang kepada Air Selangor.

Sepanjang tempoh pengecualian bayaran ini, bil air bulanan akan terus dikeluarkan oleh Air Selangor. Namun begitu, para pelanggan yang layak menerima pengecualian bayaran bil air tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh yang telah dinyatakan.

Air Selangor memahami kesulitan yang dialami oleh para pelanggan yang terkesan dengan insiden banjir dan berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini https://bit.ly/3eRfvai

____________

Air Selangor will be offering an exemption on water bill payment for the month of January 2022 to Domestic account customers (Tariff Code 10) in Selangor who were affected by the recent flood incident. The exemption on water bill payment is part of the Bantuan Selangor Bangkit Programme (BSB) announced by the Selangor State Government. Air Selangor is also extending the exemption on water bill payment to affected Domestic account customers in Kuala Lumpur. For a complete list of affected areas, you can refer to https://bit.ly/3FSVrAd

Customers in flood-affected areas will automatically receive a one-month exemption on water bill payment, and they are not required to fill in or submit any form to Air Selangor.

During this payment exemption period, monthly water bill will continue to be issued by Air Selangor. However, customers who are eligible to receive the exemption on water bill payment do not have to make payment for the stipulated period.

Air Selangor understands the difficulties experienced by customers affected by the flood incident and hopes that this assistance will help ease their burden.

For further information, click here https://bit.ly/3mQYykD

 

SUMBER: FB AIR SELANGOR https://www.facebook.com/airselangor

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut