MANGSA BANJIR DI MELAKA BERKURANGAN, LAPAN PPS DITUTUP

AYER KEROH, 5 Jan – Seramai 1,117 mangsa banjir di negeri ini masih ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS). Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,256 mangsa sebelum ini.

“Sehingga tengah hari tadi seramai 1,117 mangsa daripada keluarga masih ditempatkan di 15 PPS di seluruh Melaka. Daerah Melaka Tengah merekodkan mangsa paling ramai dengan 566 orang diikuti Jasin, seramai 367 dan Alor Gajah, 184,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak lapan PPS juga sudah ditutup selepas mangsa yang ditempatkan di sana dibenarkan pulang ke kediaman mereka.

“Sebanyak 37 kawasan membabitkan masing-masing 14 di Alor Gajah dan Jasin serta sembilan di Melaka Tengah dilaporkan terjejas,” katanya.

Sumber: Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut