EMPAT RAKYAT KELANTAN POSITIF OMICRON SELEPAS PULANG DARI ARAB SAUDI

KOTA BHARU, 05 Januari 2022 – Empat rakyat negeri ini yang pulang dari Arab Saudi disahkan positif Covid-19 varian Omicron selepas pulang dari Arab Saudi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan, kes tersebut melibatkan tiga individu yang tiba ke negara ini dari Arab Saudi pada 22 Disember dan seorang lagi 19 Disember lalu.

Tambahan lagi, tiga individu yang positif berada pada tahap kategori dua dan bergejala manakala seorang lagi berada pada tahap kategori satu dan tidak bergejala. Kesemua individu ini sedang menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan turut dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

Oleh itu, semua individu yang baharu pulang dari luar negara dinasihatkan supaya terus menjalani kuarantin wajib dan mematuhi peraturan sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan. Langkah ini penting dalam usaha membendung penularan jangkitan varian Omicron kepada individu lain serta mencegah penularan dalam komuniti.

 

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut