JELI, 30 Disember 2021 – Beberapa kawasan di jajahan ini telah ditenggelami air susulan hujan lebat sejak semalam. Berdasarkan InfoBencanaJKM, sehingga jam 11 pagi menunjukkan lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) sudah mula diaktifkan. Lima PPS itu ialah Masjid Gemang, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Dusun, SK Lubok Bongor, Pasti Bukit Lakota dan Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adnin Ibrahim, pihaknya kini sedang giat melaksanakan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa di beberapa kawasan yang telah dilimpahi air Sungai Lanas dan Pergau.