BANTERAS JENAYAH , PERANGI DADAH. TAHNIAH DAN SYABAS IPK KELANTAN!

IPK KELANTAN, 28 Disember 2021 – Ketua Polis Kelantan memaklumkan dua penjenayah yang mendalangi kegiatan samun bersenjata dan pengedaran dadah berjaya ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis dalam kebun getah dekat di Kampung Batu Papan, Gua Musang.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang. Ketika melarikan diri, kedua-dua suspek masing-masing berumur 29 dan 36 tahun melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Dalam situasi membalas tembakan dan mempertahankan diri, pasukan serbuan telah membalas tembakan menyebabkan kedua-dua suspek rebah ditempat kejadian. Hasil pemeriksaan pihak polis merampas dua pucuk pistol, 45 biji peluru hidup pelbagai saiz, tiga kelongsong peluru saiz 9 milimeter dan seribu 200 biji pil yaba.

Siasatan awal mendapati dua suspek yang ditembak mati adalah ketua dan ahli kumpulan yang dikenali sebagai kumpulan ‘Adik Mat’. Kedua-dua suspek merupakan orang yang dikehendaki polis berkait dengan kejadian samun bersenjata, ugutan jenayah dan kegiatan pengedaran dadah sejak 2018 dan mempunyai pelbagai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat dan Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960.

 

 

Sumber : IPK Kelantan

#banterasjenayah

#perangidadah

#PDRMKelantan

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …