MANGSA BANJIR YANG KEHILANGAN KAD PENGENALAN, PASPORT DAN DOKUMEN PERIBADI DI BAWAH AGENSI KEMENTERIAN DALAM NEGERI BOLEH MENDAPATKAN PENGGANTIAN DOKUMEN PERIBADI ITU SECARA PERCUMA.
Keadaan banjir di seluruh negara yang menyebabkan kebanyakan mangsa kehilangan dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport, sijil kelahiran dan dokumen peribadi yang lain akan diberi penggantian secara percuma. Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Imigresen akan diarahkan supaya membantu mangsa yang dokumen mereka musnah atau hilang akibat banjir dalam masa terdekat untuk meringankan beban mereka.
Mohon hubungi cawangan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia yang terdekat untuk maklumat lanjut.
SUMBER: FB KEMENTERIAN DALAM NEGERI https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri