Petugas-petugas kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Seremban telah melakukan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Siliau, Kampung Siliau, Rantau. Petugas terdiri daripada Dr. Go Shyan Hui, PPP Syazwan dan SN Syaliza. Pesakit-pesakit dipastikan mendapat bekalan ubatan yang mencukupi dan juga disaring untuk COVID-19.
Petugas-petugas kesihatan turut memberi sesi kaunseling supaya pesakit memahami kesan kesihatan yang mungkin berlaku selepas bencana banjir seperti jangkitan kuman Typhoid, Cholera dari sumber air kotor. Selain itu, kaunseling untuk kesihatan mental juga turut diberi.
Sumber : Laman FB Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan