MISI BANTUAN BANJIR DBKL DI TAMAN SRI MUDA

Misi bantuan banjir DBKL di Taman Sri Muda, Shah Alam telah memasuki hari kelima. Situasi terkini air telah pun surut di kawasan terbabit. Kakitangan DBKL juga telah memulakan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut sedikit demi sedikit sementara menunggu jentera pembersihan masuk ke lokasi tersebut.

Satu perbincangan bersama dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam turut diadakan. Isi perbincangan tersebut adalah pembahagian kawasan pembersihan serta prosedur kerja-kerja pembersihan seperti tempat pembuangan sampah dan hal-hal yang berkait. Kerjasama yang erat antara pihak berkuasa tempatan seperti ini merupakan tanda hubungan yang baik antara satu pihak dan pihak yang lain.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

#MisiBanjirDBKL

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPURĀ https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut