15 RAMD BERJAYA TEMUI MANGSA BANJIR DI TAMAN NEGERI KENABOI, JELEBU, NEGERI SEMBILAN

   

NEGERI SEMBILAN : Seramai dua pegawai dan 23 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) diaturgerak bagi membantu mangsa banjir di Taman Negeri Kenaboi, Jelebu pada 20 Disember 2021.

Terdahulu, beberapa anggota tentera menemui tiga orang awam yang sedang mencari bekalan makanan pada jam 1115. Susulan daripada itu, satu kumpulan tinjau diaturgerak untuk mencari laluan masuk dan mengenal pasti jumlah orang awam yang memerlukan bantuan.

Kumpulan tinjau akhirnya berjaya menemui 50 orang awam yang terperangkap dan terputus bekalan makanan serta ubatan sejak dilanda banjir dua hari yang lepas. Bantuan bekalan makanan serta ubat-ubatan seterusnya dibawa masuk ke Taman Negeri Kenaboi bagi membantu mangsa yang terlibat.

Seramai 31 orang bersetuju untuk dibawa keluar dan ditempatkan di Kem Rekreasi Bukit Perjuangan, manakala baki 19 orang yang enggan keluar telah dimaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jelebu untuk tindakan selanjutnya.

   
Sumber : Laman FB Tentera Darat Malaysia

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut