9 Disember, Khamis – Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) diiringi YAB Ketua Menteri Melaka telah hadir pada Majlis Konvokesyen Ke-16 UTeM di Dewan Canselor UTeM, Durian Tunggal.
Hadir sama, Tan Sri Datoβ Seri (Dr.) Halim Saad, Pro Canselor UTeM; Datuk Sabirin Jaβafar, Pro Canselor UTeM; Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM; Profesor Dr. Ir. Ghazali Omar, Naib Canselor UTeM dan YB Datoβ Ts. Kamel Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Pada Majlis Konvokesyen Ke-16 UTeM ini menyaksikan penganugerahan ijazah kepada 2,979 orang graduan di peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Kejuruteraan, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma yang berlangsung dalam lapan sesi, selama empat hari bermula hari ini.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, YAB Ketua Menteri merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan yang bakal menjadi pelapis modal insan berkemahiran tinggi, seterusnya menzahirkan aspirasi kemajuan negara pada masa depan.
Kepada semua graduan, teruskan pencarian ilmu sepanjang hayat, tingkatkan potensi diri dengan idea bernas, kreatif serta cetuskan inovatif untuk kemajuan diri dan masyarakat.
Syabas dan tahniah sekali lagi.