GOMBAK– Sambutan Thaipusam pada tahun 2022 disambut di dalam suasana norma baharu dengan para penganjur dan penganut agama Hindu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara . Sambutan pada kali ini adalah amat bermakna kepada masyarakat kaum Hindu walaupun dengan jumlah kehadiran pengunjung yang terhad berbanding sebelum COVID-19 yang melanda negara ketika ini. Pemantauan pematuhan SOP oleh pihak berkuasa dan juga kerjasama daripada pihak pengurusan kuil turut membantu dalam kelancaran sambutan Thaipusam 2022.