KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2021 – Sekitar acara Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) bagi siri ke-3 edisi 2021 yang telah berlangsung pada pagi tadi. Acara dimulakan dengan upacara pelepasan bagi kesemua peserta di hadapan Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan diiringi pukulan gendang oleh pasukan gendang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Warga kota yang menyertai program ini juga turut dihiburkan dengan persembahan pancaragam oleh Pasukan Pancaragam Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Para peserta turut diperkenalkan juga dengan maskot Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur yang ke-50 iaitu Si Gombak dan Si Klang. Kuala Lumpur akan menyambut ulang tahun yang ke-50 sebagai sebuah bandar raya pada Februari 2022.
SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u