Barat Daya, 1 Disember 2021- Tim Pemantauan Pematuhan PPN MKN Pulau Pinang telah menjalankan pemantauan pematuhan SOP PPN Fasa 4 di sekitar Daerah Barat Daya. Hasil pemantauan mendapati premis-premis yang beroperasi mematuhi SOP PPN Fasa 4 dengan baik seperti penyediaan kod MySejahtera dan pengimbas suhu badan serta menanda lantai bagi tujuan penjarakan fizikal.
Orang awam disarankan untuk terus mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa berada di tempat awam seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan pensanitasi tangan dan sentiasa memakai pelitup muka.