GL@W PUTRAJAYA

PRODUK baharu yang dibangunkan Perbadanan Putrajaya (PPj), Glamping@ Wetland (GL@W), Presint 13, Putrajaya sedia menerima tempahan pengunjung seawal 9 Disember depan.

Menurut Presidennya, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, glamping menawarkan perkhidmatan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengenepikan aspek-aspek keselesaan dan keselamatan. “Lebih 95 peratus pembinaan sudah selesai dan insya-Allah GL@W akan mula dibuka kepada pengunjung untuk merasai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan iaitu bermalam di dalam khemah yang hebat.

“Terdapat 10 buah khemah yang boleh menempatkan maksimum 40 orang dalam satu-satu masa selain 20 tapak perkhemahan yang membolehkan pengunjung membuka khemah sendiri,” ujar beliau.

Terdahulu, GL@W merupakan trend pelancongan terkini yang hadir dalam pakej santai dengan kelengkapan khemah seperti permaidani, pendingin hawa, buaian, spring bed, tilam yang selesa dan sebagainya.

“Apabila fasa 1 berjalan lancar, kita akan pertingkatkan lagi dari segi bilangan dan kemudahan yang disediakan di kawasan Taman Wetland dari masa ke semasa seiring dengan penambahan pengunjung. “Setelah ia menjadi tempat tumpuan pengunjung, maka kita akan buka lebih banyak peluang-peluang perniagaan kepada penduduk selari dengan tujuan pembangunan Putrajaya yang tidak akan melupakan penduduk Putrajaya,” ujar beliau kepada Wilayahku.

Selain daripada tapak perkhemahan, GL@W juga menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti rekreasi kepada semua peringkat umur  antaranya memancing, AllTerrain Vehicle (ATV), flying fox dan sebagainya. “Pada waktu malam pula, pelancong boleh mencuba night trail yang pastinya menawarkan pengalaman yang berbeza berjalan dalam kawasan Wetland dengan bunyian unggas dan haiwan malam yang  aktif.

“Selain itu, produk ini juga turut menawarkan pengalaman bermain lumpur buat anakanak bandar yang tidak pernah melaluinya sambil mengimbau kembali zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu,” ujar beliau. – WILAYAHKU

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

GAMBAR: FB GLOW PUTRAJAYA https://www.facebook.com/glampingwetlandputrajaya

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut