eBengkel Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP)

Satu Bengkel Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) anjuran Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah berlangsung secara maya dari 23 hingga 25 November 2021.

Secara amnya, PKP Agensi Sektor Awam adalah bertujuan untuk memastikan fungsi-fungsi kritikal, sistem dan proses utama agensi dapat segera dipulihkan dalam masa yang ditetapkan sekiranya berlaku gangguan ke atas sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Bengkel selama tiga (3) hari ini diadakan khusus untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kepentingan pelaksanaan PKP disamping memperkenalkan piawaian antarabangsa ISO 22301 Business Continuity Management System (BCMS). Selain itu juga ia adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan memperkasakan kemahiran peserta dalam mengendalikan pelan PKP sekiranya berlaku gangguan atau bencana.

 

 

 

 

Bengkel ini telah melibatkan seramai 46 orang peserta dari 11 agensi, yang merupakan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan kesinambungan perkhidmatan di agensi masing-masing.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut