PERJUMPAAN KPD PUTRAJAYA BERSAMA PERSATUAN PENJAJA DAN PENIAGA PUTRAJAYA

PUTRAJAYA – YDH ACP A.Asmadi Bin Hj. Abdul Aziz – Ketua Polis Daerah Putrajaya, membuat perjumpaan dengan Pengerusi / Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Putrajaya pada 18 November 2021 bertempat di Restoran FZ Bistro Ayer@8 Presint 8, Putrajaya.

 

Perjumpaan yang dilakukan secara santai ini membincangkan kerjasama antara PDRM dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Putrajaya pada masa akan datang. Perbincangan mengenai isu-isu keselamatan dan jenayah komersial serta langkah-langkah pencegahannya.

 

Ketua Polis Daerah Putrajaya juga menasihatkan pihak persatuan penjaja dan peniaga supaya sentiasa memastikan pelanggan mereka mengamalkan pematuhan SOP PPN serta kawalan kendiri dalam usaha mengekang penularan wabak covid-19 yang dilihat semakin meningkat. Turur hadir, YDH Supt. Mohd Hafiz Bin Shamsudin (T/KPD), ASP Asri Bin Abdul (KBSPT), ASP Lenny Bt. Kandawar (KCURB/KK) dan SM Md Yusof Bin Andan (AOCS-BP7).

#perjumpaan

#persatuanpenjaja

#persatuanpeniagakecil

#putrajaya

#ipdptjnov2021

#jomlikepoliskl

#jomlikefbIpdputrajaya

SUMBER: FB IPD PUTRAJAYAΒ https://www.facebook.com/IPDPutrajaya1

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut