KUALA LUMPUR, 16 NOVEMBER 2021 – Sekitar Majlis Perasmian Kios 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) dan Pusat Pengomposan PPR Beringin bertempat di Dewan Komuniti PPR Beringin. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.
Kios 1C1R Taman Beringin merupakan kios kedua yang telah dilaksanakan oleh DBKL dengan tujuan untuk membudayakan amalan Kitar semula dan meningkatkan kesedaran kepada komuniti berkenaan amalan kitar semula di rumah.
YB Menteri Wilayah Persekutuan juga meluangkan masa melihat mesin pengomposan yang telah dibekalkan oleh pihak DBKL kepada komuniti setempat untuk menghasilkan baja organik. Turut hadir bersama adalah YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB P.Prabakaran, Ahli Parlimen Batu, YBrs Tuan Haji Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur.
SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u