

Kali ini tim hebahan IOW Pejabat Penerangan daerah Jempol telah sempat ke gugusan Felda Palong 9 hingga Palong 15 bagi menyampaikan info yang terkini kepada penduduk.
Antara tajuk yang dhebahkan kepada orang ramai adalah mengenai Amalan Norma Baharu, TRIIS, Hebahan Keluarga Malaysia, Hebahan RMK12 dan juga mengenai peranan kita sebagai rakyat Malaysia dalam meneruskan kehidupan dari fasa peralihan pandemik ke fasa endemik.
Oleh itu, terus kekal selamat dan amalkan langkah-langkah pencegahan. Ingat kita masih belum menang. Jangan leka dan amalkan Norma Baharu sentiasa.

