KUALA LUMPUR, 2 NOVEMBER 2021 – Program Penanaman 1 Juta Pokok di Wilayah Persekutuan dilaksanakan secara berterusan bagi mencapai sasaran penanaman 1 juta pokok bermula 2021 sehingga 2025.
YBhg. Datuk Hj. Azmi Bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL telah meluangkan masa menanam pokok jenis Lagerstroemia speciosa (Bungor) di kawasan hijau berdekatan Kompleks Pasar Harian Selayang, Kuala Lumpur.
Turut hadir Encik Nik Adlin bin Hussain, Encik Khairul Azlan bin Hj Rahmat, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi serta Puan Norhida binti Sanusi, Pengurus Cawangan Batu DBKL.
SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPURĀ https://www.facebook.com/dbkl2u