TAHUKAH ANDA?
Taman Rimba Bukit Kerinchi yang merupakan salah satu taman awam dibawah selian DBKL terdapat batu sempadan yang memisahkan antara Kuala Lumpur dan Selangor.
Taman yang berkeluasan 66.15 hektar ini asalnya adalah sebuah bekas ladang tanaman getah yang tidak diusahakan lagi dan telah dijadikan sebuah taman awam berkonsepkan untuk menghubungkan manusia dengan alam semulajadi. Kawasan ini juga telah direzabkan sebagai kawasan hijau.
Taman ini telah dibahagikan kepada beberapa elemen yang terdiri daripada tempat laluan masuk utama, kawasan letak kereta, kawasan rekreasi, aliran anak sungai dan juga laluan denai untuk aktiviti jungle tracking.
Warga kota juga boleh merasai pengalaman menaiki jambatan gantung, mendaki Bukit Gasing yang menjadi sempadan Kuala Lumpur dan Selangor serta beriadah bersama keluarga di beberapa tapak perkhemahan yang terdapat di taman ini.
Dengan penyediaan infrastruktur seperti ini oleh pihak DBKL, kini warga kota dapat merasakan keindahan, kedamaian dan juga ketenangan di tengah bandar.
Bersama kita menjaga keindahan taman ini untuk kegunaan bersama.
Sayangi Taman, Sayangi Kuala Lumpur!
SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u