

Sekitar kunjungan hormat Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara ke atas YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.
Dalam kunjungan yang berlangsung selama lebih kurang sejam ini, banyak perkara berkaitan pengurusan Covid-19 dan keselamatan dapat dibincangkan.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan serta Kerajaan Negeri Sembilan atas kesudian menerima kunjungan hormat ini.
Moga hubungan dan kerjasama baik yang terjalin ini akan terus berkekalan demi Keluarga Malaysia.

