LIFE SAVING APPLIANCES (LiSA) DITEMPATKAN DI PANTAI SAUJANA, BATU 4, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

   

PORT DICKSON – Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson mengambil inisiatif membuat pemasangan Life Saving Appliances (LiSA) bagi menambahbaik ciri-ciri keselamatan, bantuan awal dan kempen kesedaran kepada pengunjung Pantai Port Dickson untuk sentiasa mengutamakan keselamatan semasa aktiviti di pantai.

Komponen peralatan keselamatan LiSA yang mengandungi Peti Siren, pelampung, jaket keselamatan, throwbag rope dan peti pertolongan cemas diharap dapat membantu orang awam sebagai langkah penyelamatan awal sekiranya terjadi sebarang kes kecemasan sementara menunggu pihak Bomba tiba ke lokasi kejadian.

Masyarakat setempat dan pengunjung pantai dipohon untuk menjaga fasiliti keselamatan yang telah disediakan untuk kegunaan bersama. Sekiranya terdapat kes-kes kecemasan sila hubungi pihak Bomba dengan kadar segera di talian 999 atau  hubungi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson di talian 06-647 1444.

   

Sumber : Laman FB Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut