OPERASI MENYELAMATKAN GELANDANGAN 4.0

KUALA LUMPUR – Seramai 35 orang gelandangan di sekitar Kuala Lumpur diselamatkan menerusi Operasi Gelandangan 4.0 yang diketuai oleh YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 18 September 2021 yang lalu.

Operasi bermula jam 12.00 tengah malam itu dimulakan dengan taklimat oleh Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar dan Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

Operasi bersepadu bersama agensi sahabat ini dilaksanakan selama 2 jam dan berjalan dengan lancar. Gelandangan yang diselamatkan telah menjalani saringan ujian COVID-19. (Hasil ujian tiada yang positif COVID-19). Manakala yang negatif dan berumur 60 tahun ke bawah dibawa ke Pusat Transformasi Gelandangan, Anjung Kelana oleh DBKL. Terdapat juga gelandangan yang didapati positif ujian air kencing (urine test) dan diambil tindakan oleh pihak AADK yang turut serta dalam ops ini.

Turut serta dalam operasi ini ialah YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Operasi berakhir sekitar jam 2.30 pagi.

#KeluargaMalaysia

#TeguhKitaMenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

#KLBandarUntukSemua

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut