PROGRAM TAUTAN UKHWAH MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI JOHOR BERSAMA PETUGAS BARISAN HADAPAN DAERAH MUAR

MUAR, 19 SEPTEMBER 2021 – Selain daripada memperkukuh hubungan silaturrahim yang lebih erat,      Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah mengambil peluang untuk menyantuni dan memberikan sumbangan kepada para petugas barisan hadapan di Daerah Muar sebagai tanda terima kasih atas usaha para petugas barisan hadapan dalam memastikan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 (PPN Fasa 1) khususnya di Daerah Muar berjalan dengan lancar serta memastikan masyarakat khususnya di Daerah Muar ini mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Agihan telah diberikan di:
• PPV Dewan Jubli Intan Muar
• RELA Daerah Muar
• APMM Daerah Muar
• Ibu Pejabat Polis Daerah Muar
• Pejabat Kesihatan Daerah Muar
• Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan. Andalah wira rakyat!

Pesanan untuk semua rakyat Johor. Teruskan kawalan kendiri dan patuhi SOP yang ditetapkan. Amalkan 3W (wash, wear dan warn) serta elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Ingat, kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

#MKN50
#MKNJohor
#KeepJohorSafe
#KitaMestiMenang
#BerdiriBersamaJohor
#KitaJagaKita
#MalaysiaPrihatin

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut