LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE NEGERI JOHOR DAN PROGRAM IKHLAS 6.0 (JOHOR)

JOHOR, 13 September 2021 – Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad telah berkesempatan membuat lawatan kerja ke Negeri Johor pada 10 hingga 12 September 2021 (Jumaat hingga Ahad), bagi melihat dengan lebih dekat permasalahan dan isu-isu berkaitan keselamatan di Negeri Johor dengan melawat Op Benteng di Pos Tanjung Sepang dan Abu Bakar Maritime Base.

YBhg. Datuk KP juga telah berkesempatan membuat kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Johor dan juga YB Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bagi bertukar fikiran dan idea terutama dalam pengurusan pandemik COVID-19 di Negeri Johor.

Lawatan kerja YBhg. Datuk diakhiri dengan Program IKHLAS yang bertujuan untuk menyantuni warga Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor serta menyampaikan hasrat dan aspirasi YBhg. Datuk KP kepada seluruh warga MKN.

Terima kasih YBhg. Datuk atas kesudian meluangkan masa dan melawat MKN Negeri Johor. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran lawatan kerja ini.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut