JOM SERTAI SUKARELAWAN WILAYAH PRIHATIN (PriVo)

Sukarelawan Wilayah Prihatin atau PriVo (Prihatin Volunteer) adalah gabungan sukarelawan yang datang dari pelbagai latarbelakang dan bertindak sebagai pusat penyelaras kegiatan kesukarelawanan di Wilayah Persekutuan. Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan PriVo bagi membantu warga Wilayah Persekutuan melalui kegiatan-kegiatan kesukarelawanan.

​Tujuan penubuhan Sukarelawan Wilayah Prihatin atau PriVo (Prihatin Volunteer) adalah untuk membantu memastikan keberkesanan perlaksanaan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk warga Wilayah, bagi membantu rakyat dan negara yang sangat terkesan.

​PriVo diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr. Annuar Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan dan digerakkan secara bersama dengan semua agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. PriVo akan berfungsi sebagai pusat koordinasi gerakan sukarelawan (Coordination Centre) yang:-

  • menyelaras kegiatan kesukarelawanan di Wilayah Persekutuan
  • menyelaras pengumpulan & pengagihan bantuan agar semua rakyat yang memerlukan tidak ketinggalan.

Pendaftaran adalah terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan seperti kategori berikut:

  • Individu (berusia 18 tahun ke atas)
  • Kumpulan NGO
  • Kumpulan Organisasi Swasta
  • Kumpulan Organisasi GLC
  • Kumpulan Organisasi Agensi Kerajaan
  • Kumpulan Institusi Pendidikan​

Di masa hadapan, PriVo akan menyediakan lebih banyak platform kegiatan kesukarelawanan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak warga Wilayah Persekutuan.

Jom sertai Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo) dengan klik link di bawah.

 

https://bit.ly/2UAqE91

#PriVo #wilayahprihatin #rumahprihatin #vaksinasi #foodbank

SUMBER: https://www.facebook.com/PRIVOWP/ dan https://www.yayasanwp.org/privo?

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut