OPERASI BERSEPADU: PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PPN FASA 2 DAN PANDUAN PENDAFTARAN VAKSINASI DI GURNEY PLAZA

Georgetown, 28 Julai 2021 – Operasi bersepadu pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 telah dilaksanakan di Gurney Plaza pada 27 Julai 2021. Operasi bersepadu ini melibatkan kerjasama strategik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Pulau Pinang, Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam (CCPSS) dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pulau Pinang. Turut hadir bersama dalam operasi kali ini adalah Ketua Polis Daerah Timur Laut, YDH ACP Soffian Santong dan Pengerusi CCPSS, Dato’ Mohamad Anil Shah.

Selain itu, risalah-risalah yang mengandungi informasi berkenaan panduan pendaftaran vaksinasi dan pematuhan SOP turut diedarkan kepada orang awam. Hasil pemantauan pematuhan SOP mendapati semua premis mematuhi SOP PPN Fasa 2 dengan baik. Semua pihak dinasihat agar jangan leka dan sentiasa mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa.

     

#MKN50

#LindungDiriLindungSemua

#MenangBersama

 

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut