PENGOPERASIAN PPVIN B.BRAUN, PULAU PINANG

Pulau Pinang, 23 Julai 2021 – Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) B. Braun telah mula beroperasi pada hari ini. PPVIN ini menyasarkan pemberian vaksin sehingga 400 suntikan sehari dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan pekerja industri seterusnya mencapai komuniti berkelompok lebih cepat di Negeri Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, lawatan tapak turut dilaksanakan di dua tapak cadangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu di daerah Seberang Perai Tengah iaitu di Hotel Ixora dan Dewan Chuah Kang Weng. Lebih banyak PPV akan dibuka dalam memastikan rakyat Malaysia dapat menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

         

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut