TINJAUAN KE PROGRAM MOBILISASI VAKSIN KOMUNITI (MOVAK) JPNIN DAERAH RANAU

Ranau, Sabah  17 Julai 2021 Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah telah berkesempatan membuat tinjauan ke program di bawah Kementerian Perpaduan yang bertempat di Mini Dewan Guntab Kg. Bongkud, Ranau. Program pemberian suntikan vaksin telah diadakan bagi dos kedua kepada penduduk kampung dalam lokaliti seliaan Klinik Kesihatan Lohan dan Klinik Kesihatan Perancangan yang merangkumi 14 buah kampung.

Turut hadir ialah rombongan YB Tuan Shahelmey Yahya Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah bersama YB Datuk Abidin Madingkir ADUN Paginatan merangkap Pembantu Menteri, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, Pegawai Daerah Ranau dan Pegawai Kesihatan Daerah Ranau.

Seramai 473 orang telah menerima vaksin bagi dos kedua pada hari tersebut.

Sukarelawan KKM, RELA dan KRT bertungkus lumus bagi memastikan proses pemberian vaksin berjalan dengan lancar dan teratur.

 

Road to 80% vaccinated

#LindungiDiriLindungiSemua

#jompilihvaksin

#MKN50

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …