PROGRAM JEJAK PRIHATIN

PROGRAM Jejak Prihatin yang dilancarkan hari ini akan mula mengedar pek bekalan makanan kering kepada golongan miskin bandar di Wilayah Persekutuan bermula esok.

Diselaraskan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), progam secara berfasa bermula esok sehingga 28 Julai ini membolehkan kira-kira 15,000 keluarga miskin tegar yang sudah dikenal pasti khususnya 3,853 kelompok di Kuala Lumpur dan Putrajaya disantuni.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, dalam tempoh itu, 7,000 keluarga akan dijejaki terlebih dahulu yang mana hampir 4,000 sukarelawan ‘Prihatin Volunteer’ (PriVo), Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP), AJK surau, masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan memantau keadaan mereka secara bersemuka.

“Sukarelawan ini akan menjejaki golongan miskin tegar, miskin bandar dan yang memerlukan bantuan makanan, kebajikan, kesihatan, termasuk kesihatan mental dan kerohanian dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.

“Sejajar konsep penubuhannya, Jejak Prihatin merupakan langkah proaktif yang bertujuan untuk menggerakkan usaha mencari golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta menghulurkan bantuan dengan segera tanpa perlu menunggu sehingga keadaan mereka semakin kritikal.

“Selain menjejaki dan bertanya khabar, sukarelawan yang terlibat dalam program Jejak Prihatin ini juga akan membantu mengedarkan 7,000 pek bekalan makanan kering yang disumbangkan pelbagai pihak, termasuk badan korporat,” katanya.

Menurut Annuar, sukarelawan Jejak Prihatin juga akan membantu menyampaikan maklumat dan membuat semakan mengenai inisiatif Prihatin Kasih, iaitu bantuan kepada golongan rentan bandar sebanyak RM100 sebulan yang diberikan kerajaan terus kepada mereka melalui MyKad bermula Julai hingga September 2021. – WILAYAHKU

Sumber: Wilayahku

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …