SARINGAN KOMUNITI TAMAN KUALA PERMAI, KUALA LINGGI

KUALA LINGGI – Japerun DUN Kuala Linggi dengan kerjasama JPKK Taman Kuala Permai dan Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah telah mengadakan saringan khusus kepada penduduk Taman Kuala Permai, Kuala Linggi. Inisiatif saringan ini dilakukan berikutan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 sehingga mewujudkan Kluster Kuala Permai di kawasan tersebut. Sehingga 15 Julai 2021, kes positif COVID-19 bagi Kluster Kuala Permai adalah seramai 46 orang. Punca penularan adalah sporadik dan menular dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti.Β Saringan komuniti ini melibatkan seramai 1580 penduduk Taman Kuala Permai, Kuala Linggi. Turut hadir, ADUN Kuala Linggi, YB Datuk Wira AR. Ismail bin Othman.

Sumber: FB YB ADUN Kuala Linggi

#staysafe #stayhome #MenangBersama

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut