PPV (PANDU LALU) PERTAMA DI MELAKA

Batu Berendam – Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu yang pertama di Melaka. PPV pandu lalu ini adalah merupakan satu daripada 14 PPV awam yang dibuka di negeri ini dalam usaha mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). PPV (Pandu Lalu) yang pertama ini mula dibuka kepada orang ramai pada 9 Julai 2021 (Jumaat) dan berupaya menampung seramai 600 penerima vaksin dan dijangka akan meningkat kepada 800 orang penerima pada setiap hari.

PPV ini beroperasi pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum. Dengan kekuatan anggota seramai 46 orang terdiri dari kakitangan KKM, RELA, APM dan sukarelawan MyVAC, tim PPV ini diketuai oleh Dr. Kalai Arasi a/p Paramasiva.

Penerima hanya perlu hadir mengikut temu janji yang telah dikemaskini melalui aplikasi MySejahtera dengan membawa kad pengenalan dan kad temujanji vaksin. Masa yang diperuntukkan bagi individu untuk menerima suntikan vaksin hanya 20 hingga 30 minit sahaja  dengan melalui 5 stesen iaitu:

 

Stesen 1 – Check In MySejahtera dan Pemeriksaan Suhu

Stesen 2 – Sesi Konsultasi

Stesen 3 – Kemaskini data MySejahtera

Stesen 4 – Suntikan Vaksin

Stesen 5 – Ruang Pemerhatian

#staysafe #stayhome

#MenangBersama #LindungDiriLindungSemua #MKN50 #MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut