SEBERANG PERAI UTARA, 9 Julai 2021 – Simulasi bagi proses pemberian vaksin melibatkan 272 penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Perda telah dilaksanakan pada hari ini. PPV Pusat Konvensyen Perda dijangka mampu menampung sehingga 2,000 suntikan sehari dan akan mula beroperasi sepenuhnya pada 12 Julai 2021.
Kerajaan akan terus komited dalam meneruskan inisiatif penambahan PPV di seluruh negara. Usaha ini bagi meningkatkan kadar vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan seterusnya negara tercinta ini berjaya mencapai imuniti kelompok.
#MenangBersama
#MKN50
#LindungDiriLindungSemua