OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 2 DAERAH HILIR PERAK

HILIR PERAK, 7 Julai 2021- Operasi Bersepadu Pemantauan SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 daerah Hilir Perak telah dilaksanakan bagi sektor pengilangan dan pembuatan.

Kira-kira seramai 25 orang pegawai hasil sinergi agensi di daerah ini seperti PDRM, MKN, PKD, KPDNHEP, JKDM, JIM, JKT dan JaPen Hilir Perak telah menyertai operasi bersepadu ini.

Hasil pemantauan mendapati rata-rata pemilik premis dan majikan mematuhi SOP yang berkuatkuasa seperti penggunaan aplikasi MySejahtera, penyediaan alat imbasan suhu, hand sanitizer, buku catatan kehadiran staf dan pelawat serta pengamalan norma baharu dalam kalangan pekerja turut dilaksanakan.

Pihak majikan dan pemilik premis juga dinasihatkan agar pendidikan kesihatan berkenaan SOP COVID-19 bagi Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 diberikan setiap hari kepada pekerja dan pelawat dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …