OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1 DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG (MPK), JOHOR BERSAMA JABATAN/AGENSI KERAJAAN

KLUANG, 5 Julai 2021 – Seramai 26 orang pegawai & anggota yang terdiri daripada 8 MPK, 6 JIM, 3 JTK, 3 KKM, 2 PDRM dan 4 orang pegawai dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah melakukan Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1. Operasi tertumpu kepada pemeriksaan kilang-kilang dan rantaiannya yang beroperasi dalam sektor-sektor perlu (essential) di kawasan Majlis Perbandaran Kluang, Johor.

Terdapat empat (4) buah kilang yang telah diperiksa semasa operasi dijalankan dan sebanyak lima (5) kompaun dan empat (4) notis telah dikeluarkan oleh pihak KKM dan PBT.

Secara keseluruhannya, Operasi Bersepadu Pemantauan SOP PPN Fasa 1 berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Semoga usaha dan operasi bersepadu seperti ini dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan operasi pematuhan ini.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar:
Tim Pematuhan MKN Negeri Johor

Majlis Perbandaran Kluang
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor
Polis Johor
Pejabat Kesihatan Daerah Kluang

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …